Followers

Friday, 13 August 2021

Wabi Sabi; Keindahan Disebalik Kekurangan

 



Wabi-Sabi: keindahan disebalik kekurangan

 

      Untuk seorang interior designer atau pengamal mimimalist istilah ini mungkin tidak asing dalam kalangan mereka. Tapi untuk orang umum seperti saya dan anda mungkin ini kali pertama kita mendengarnya. Untuk saya sendiri pun saat pertama kali mendengar istilah ini adalah saat menonton vlog seorang youtuber dari Singapura.

 

Apa Itu Wabi Sabi Dan Bagaimana Ia Memberi Kesan Dalam Kehidupan Kita

 

Perabot rumah yang berunsurkan wabi sabi


     Wabi sabi  () merupakan sebuah filosofi tentang keindahan yang muncul dari Jepun pada abad ke-15. Konsep wabi sabi dari jepun ini sangat bertentangan dengan konsep keindahan (aesthetic) yang diperkenalkan oleh barat. Keindahan yang diperkenalkan oleh barat adalah keindahan yang sempurna, berkelas dan mewah, sangat bertolak belakang dengan wabi sabi yang mementingkan kesederhanaan, hal-hal yang tidak sempurna, bersifat tidak kekal dan selalu dianggap tidak berharga.

    Umumnya, wabi sabi memfokuskan keindahan daripada objek alam yang dianggap tidak memiliki nilai seni yang mempunyai elemen kesederhanaan dan ketidakabadian.

    Peredaran zaman menjadikan pemahaman tentang wabi sabi berkembang seiring zaman. Di Jepun, istilah  wabi  sering dikaitkan dengan perasaan sunyi dan  kesendirian yang dialami oleh pertapa khususnya. Manakala istilah sabi pula adalah tentang sesuatu yang menua kerana faktor perkembangan alamiah dan peredaran masa.


Penerapan wabi sabi dalam hiasan dalaman

     Kehidupan yang dimaknai dengan unsur-unsur wabi sabi mengajarkan kita dalam kehidupan bahawa kecantikkan itu tak selalu datang daripada sesuatu yang sempurna. Konsep wabi sabi membuka ruang kepada perspektif yang berbeza. Memungkinkan kita untuk tidak lagi melihat kekurangan diri sebagai sesuatu yang cacat sebaliknya ia jika dilihat melalui mata hari akan menzahirkan kecantikkan yang unik.             

   Pandanglah dari sudut yang berbeza dan lihatlah di sekitarmu maka kamu akan menemukan bermacam-macam keindahan yang selama ini kamu tidak sedari termasuklah kecantikkan yang ada pada dirimu sendiri.

 


11 comments:

Unknown said...

Wani sabi adalah aesthetic juga ya?

Kimieice said...

ya, wabi sabi adalah filosofi tentang keindahan yang tidak sempurna

Aiemae said...

Niceee

syak manusia biasa said...

Nice penulisan dan mantap dan nak tanya apa maksud sebenar wabi sabi ?

Unknown said...

Nice👍 knowledge Yang baru👍👍

Unknown said...

Nicee😍..new knowledge👍

Miss alby Nadaq said...
This comment has been removed by the author.
Miss alby Nadaq said...

I'm pretty sure, not that much people know about this philosophy. Good Job! continue to spread this valuable knowledge, may many more individuals be creative in finding beauty based on wabi sabi or aesthetic!😸👍

Kimieice said...

ya, wabi sabi termasuk dalam filosofi keindahan. ianya bertentangan dengan konsep keindahan yang diperkenalkan oleh barat

Kimieice said...

thank you

Kimieice said...

hehehe

Types of Aesthetics (boy version)

 Types of Aesthetics (boy version)        Aesthetic! tak kisahlah daripada Instagram atau Pinterest atau daripada kawan sekalipun mesti pern...